C A M E R A G I R L


DAIRIES ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW

Salam Maal Hijrah .

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada para sahabat. semua orang tahu hari ni Tahun Baru dalam kalendar islam. ye ke ? kurang pastilah pulak. sejak kebelakangan neh semua cerita pasal Maal Hijrah kan ? Eida punye blog pun nak jugak
* mengada. dalam forum perdana, khutubah jumaat pun ustaz cerita kan ? petang tadi Eida tengok siaran langsung solat jumaat Masjid Negara khutubah yang dibicarakan pun tentang maal hijrah, korang tengok tak de kan ? ala, tak sempat nak tengok sebab online facebook tadi kan ? kantoi kan ? para sahabat tahu apa maksud maal hijrah ? ke sekadar tahu nama sahaja ? 

Maksud Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah (muhajirin) pada tahun 622 Masihi. peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah yang ada dalam diri mereka." (Ar-Ra'd: 11)

Sabda Rusulullah SAW:
"Bermula islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagilah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslin dan Tarmidzi)
Doa Akhir Tahun 

Doa Awal Tahun 

Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat islam di seluruh dunia, semoga tahun ini lebih baik daripada tahuntahun yang lain .

Assalamulaikum ,

Writter: Nur Aida Bt Kamarunzaman 





0 comment[s] | back to top