C A M E R A G I R L


DAIRIES ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW

Riang Raya Sekolah
Assalamualaikum kepada pengunjung dan pembaca blog sekalian. rakan-rakan sekalian sehat ? saya alhamdulillah sihat tapi kureng tido :/. okey, harini title Riang Raya Sekolah sedikit kanak-kanak riang, hahahaha. pada hari jumaat yang lalu (16 Ogos) sekolah kami ada buat jamuan raya peringkat sekolah yang terlibat semua pelajar tetapi budak f3 ada program 'AKU JANJI'. selain f3 duduk dalam kelas belajar seperti biasa sampai pikul 10.40 pagi baru turun ke kantin untuk jamuan .

masuk aje sekolah tiba-tiba hujan lebat. fuhhh, habis kertas major basah. dari rumah pasal kasut flat tu, sampai kelas habis lucun tukar kasut heels, amik kau nak sangat. first, waktu akaun kena presentation kerja kursus, saya sebagai ketua kumpulan 3. anak buah pulak tak datang terpaksa lah saya dengan Lynn aje lah yang terang, dah lah hujan lebat terpaksa lah kuat kan suara dok ? dah kuatkan suara tak dengar jugak and pakai kasut heels susah woo nak berjalan sambil terangkan, alahai . habis waktu akaun pegi pejabat hantar banci di bilik HEM and terus pegi lab LK untuk presentation sejarah pulak. habis sejarah, balik kelas belajar akaun balik. then, peace-2 lah ape tunggu lagi kan ?

Eida dan Kamal, Eira dan Balqis

Kamal dan Aizat 

yang gambar Eira tunduk tu tengah tunggu masa untuk makan, pengetua turun lambat gila dari dewan. dia ceramah sekali agaknya. nak dekat balik baru dia turun ke kantin, yang lain form ni kena tunggu sampai pengetua turun. cikgu suruh amik makanan pukul 11.15 pagi pengetua turun 11.40 pagi lagi 10 minit nak balik. lepas tu umumkan baju tercantik bagai then, balik. kesimpulannya, simple dan tak best . dan on the way sampai ke pagar sekolah snap dengan mereka ni . famous kan mereka ?

Eira .

Saya dan Eipah 

Eira,Saya dan Amalia *senior*

bersama junior *izma,syuhada,balqis,husna*

okey, tema saya tahun ni bukan lah warna oren coklat, tetapi warna pink. tak tahu lah macam mane saya terjatuh hati pada warna pink. sejak dari form 2 lagi baju raya saya dengan Eira sama warna. kami sahabat sejak form 1 lagi biarlah baju pun sedondon jugak. *raya setahun sekali* dengan kesempatan ini saya ingat memohon maaf atas kekhilafan saya selama ni dari hujung rambut hinggalah hujung kaki, halal kan makan, minum dan ilmu yang diberikan. terima kasih juga buat family, kawan, cikgu yang banyak bantu saya dalam segi pelajaran. 

buat family, abah,mak,kakak,kemal, and amin mintak maaf banyak-2 kalau Eida ada buat salah selama ni, tiada niat nak marah cuma ingin perbaiki diri ingin yang terbaik untuk abah dengan mak serta **. saya hanya seorang insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan . Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin, Assalamualaikum .

0 comment[s] | back to top