C A M E R A G I R L


DAIRIES ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW

Hari Raya AidilAdha 1435 H
Assalamualaikum, pembaca blog. tahukah anda semua saya adalah calon #SPM2014 ? 10 days left, ahhhh. try, try and try do the best. Insyaallah, lepas spm dalam masa sebulan Eida akan try update balik cerita yang ditanggung selama ni. mungkin kebanyakkan cerita #terobek. okey, post ini macam stress sikit. maklum lah cuti bape hari je kan ?
jammed :( *slept*

exit tol taiping utara *still slept*

sampai je rumah terus rebahkan badan dekat sofa dengan tak solat magrib dan isyak lagi :) pukul 5 pagi mak kejut solat magrib dan isyak, tak yah tanya lah liat tak bangun kalau boleh malas bangun tapi perkara wajib kot, gila kau ? bangun then sahur untuk puasa hari Arafah dan lepas solat subuh tido sekejap. tak silap bangun semula pukul 9 pagi kena potong daging bawang halia masak ketupat dan tak tahu dah. kalau duduk kampung biase lah aktiviti kami tengok tv internet tengok tv internet.
dan malam raya saya study perdagangan, percaya tak ? hihihihi, bukan nak riak tapi semangat kena kuat k bila ada dekat kampung memang banyak gangguan.

bagun pagi, mandimandi rupanya tak sempat nak ke surau untuk solat hari raya aidiladha sebab biasanye buat pukul 9 tibatiba 8.30 dah start memang tak sempat lah nak siap. bila orang dah siap balik dari surau, siapsiap pakai tudung selpie dengan lembu kejap. masa kami datang nak tangkap  gambar dia tu macam asdfghjkl
masa mulamula sampai, gerun tak ?




okey, masa ni lepak dalam rumah sebab orang dewasa kata turn kita lambat lagi mungkin sebelum pukul 12. so, lepaklepak dalam rumah tibatiba cikna*maksedara* suruh anak dia tangkap gambar korban, Eida ape lagi amik nikon bagi sekali lah nak record sebagai kenangan .

Orang Kampung

Lembu terkejut nampak ramai sangat orang

part ni Eida masuk rumah, tak sanggup nak tengok lembu ni. orang kata kalau kita kasihan dekat lembu ni daging dia kita tak boleh makan. so, pendek cerita tak yah tengok cara penyembelian dan Eida tak nak dengar jeritan kesakitan lembu tu kena sembelih. kalau boleh nak bukak sound kuatkuat bagi tak dengar.

sesi memotong daging *view dari dalam rumah*

sesi potong dan agih daging

 Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, amin. dah siapsiap kemas tempah lapah daging tu semua masuk rumah tengok cerita Kerana Terpaksa Aku Relakan Raya #KTAR. semua bosan sebab semua babak yang dilakonkan semua flashback. semua pakat nak keluar tapi tak tahu nak pegi mana. bila my elder bro iron baju semua tanya "nak pegi mana" dan bila semua dah get ready nak keluar let's go lah tapi tak tahu nak pi mana, bincang punya bincang. 


Bro: kita nak pegi mana ni ? kalau nak main boling masalah stoking lah kena beli.
Abah: Ala, main boling dengan stoking murah aje .
Bro: kalau nak tempat mahal sikit panggung wayang *Taiping Sentral* aje lah
Abah: panggung pun murah kalau setakat RM 10 sorang . 
Eida: kalau 8 oarang masuk 100 jugak . 
Abah: mane ni ? 
Bro: Taiping Sentral aje lah 
Eida: okey, kita pegi panggung



nak dekat pukul 10 jugak lah sampai rumah. Alhamdulillah, bbq daging korban berjalan lancar walaupun kami tak ade. hahahaha, tak patut sungguh orang raya, kami pegi panggung kan ? Astagfirullah halazim Astagfirullah halazim Astagfirullah halazim.

Ayyad

Chef Junior
Awish 

Abah with my elder bro

orang sedapsedap makan bbq dekat luar Eida bantai tido, hahahaha. mesti ade yang tanye masuk panggung tengok cerita apa kan ? kami tengok cerita Annabelle. bagi pendapat Eida lah kan, cerita Annabelle ni tak ade lah seram sangat jalan cerita dia macam cerita melayu tapi babak terkejut tu memang tak boleh lawan lah kan ? tapi okey lah .
fuhh, mata pun dah kuyu dah. Maaf atas segala kesilapan atau kekhilafan selama ini sengaja mahupun tidak sengaja. Tak lupa jugak buat Pasukan Bola Negeri Pahang (PBNP) telah melayakkan diri ke peringkat Final Piala Malaysia. Pahang menewaskan Pasukan dari Negeri Jelapang Padi, Kedah dengan aggreget (6-3).  #SelamatTahunBaru1436H #25Oktober2014M #01Muharram1436H #SalamMaalHijrah #SemuaUmatIslamDiDunia #TahniahPahang #Salam5-0 #KingOfComeback #TengkuMudaPahang #ZainalAbidinHassan #MatiasGopinathanHatrik #ElephantArmy #DigitalBone #Pemain12 #FlyToBukitJalil #PAHvsJDT #HogohPahangHogoh #TokGajah #ThisIsDarulMakmur #ThisIsPantaiTimur #PAHKELTER #LoveAlls


0 comment[s] | back to top