C A M E R A G I R L


DAIRIES ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW

The Annual Sports

Assalamualaikum, kepada semua pembaca harap sihat semuanya. mesti ada yang pelik macam mane Eida boleh update blog sedangkan Eida dapat plkn panggilan 1 dan mungkin ada yang tak tahu . Insyaallah akan adakan post khas untuk santapan yang ingin ke PLKN. kalau korang nak tahu #PrayForPantaiTimur dah 4 hari trending world wide, wuuu. okey, kan Eida dah janji lepas spm nak update balik tapi semua post ni mesti lah yang #terobek, hehehe. post kali ni Eida nak cerita pasal Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Wangsa, Kuala Lipis. masa bulan 12 tahun 2013 tu berangan nak jadi naib pengerusi rumah sukan lepas tu nak jadikan rumah sukan tahun ni dapat no 1 sebab sejak azali lagi rumah sukan kami dah tempat no 4 lagipun tahun ni tahun last sekolah kami. okey eda nak cerita sikit macam pelantikan ahli jawatankuasa rumah Shahbandar

Cikgu: okey, sapa ade cadangan yang sesuai nak lantik ketua rumah ? kalau ada sebut nama, kelas dan nama yang di cadang 
Eida: kenakan fahme lah nama dia je yang tak ade *bisik dekat Eira* *angkat tangan sambil pandang fahme* saya Nur Aida Binti Kamarunzaman dari kelas 5 votech ingin mencadangkan Amir Fahme sebagai pengerusi .
junior: saya mencadangkan cadangan ditutup *setujuuuuuu*
Cikgu: okey, kita pilih melalui undian mejoriti maka dengan ini Muhamad Afizudin Naim adalah pengerusi rumah sukan kamu . okey, sekarang kita pilih untuk naib pengerusi pulak siapa ada cadangan ?
Fahme: *angkat tangan* 
Eida: arghhh, mesti dia kenakan aku balik. spoil spoil spoil *dalam hati sambil senyum pandang fahme*
Fahme: Saya Amir Fahme Bin Muhammad dari kelas 5 science ingin mencadangkan Nur Aida sebagai naib pengerusi
junior:  saya mencadangkan cadangan ditutup *setujuuuuuu*
Eida: now, Eida fight dengan Hawa sahaja untuk dipilih sebagai naib pengerusi.
Cikgu: okey, kita buat undian dari atas. siapa nak undi Nur Aida ?
Junior: weiii, angkat angkat .
Cikgu: maka dengan ni, Nur Aida adalah naib pengerusi rumah Shahbandar dan bodyguard Afizudin.
Eida: hahahaha. Alhamdulillah, terima kasih yang Allah dengan amanah yang ditanggungjawabkan ke atasku ni.
Fahme: *pandang sinis sambil ucap alhamdulillah*

untuk pengetahuan pembaca minggu ni means minggu hari sukan tu sekolah adakan direct aktiviti sampai hari ahad. isnin - khamis belajar seperti biasa, hari jumaat sesi penggambaran rumah sukan / rehearsal perbarisan rumah sukan, hari sabtu hari koperasi / pertandingan lagu patriotik mengikut unit beruniform / buat hiasan rumah sukan,  dan hari ahad hari sukan. fuhhh, tak yah cakap lah prepare macam mane. Eida dah lah Pengerusi Pandu Puteri, tak yah tanya lah serabut ke tak dak ?
Hari jumaat punya program ialah sesi penggambaran rumahrumah sukan dan rehearsal perbarisan rumah sukan, sesi rehearsal ni Eida, Izzati, Hawa and Afiq je yang handle ketua pi cari bendera rumah. senang je nak handle cuma 1 je panas and letih terpakse round 1 sekolah nak cari cikgu. 

Guruguru dan semua ahli rumah Shahbandar (perempuan)


Guruguru dan semua ahli rumah Shahbandar (lelaki)

Guruguru dan form 5 Shahbandar

Izzati dan saya masa rehearsal *candid*

Keesokkan hari waktu pagi ada program hari koperasi / pertandingan lagu patriotik mengikut unit beruniform / buat hiasan rumah sukan. Eida tak join yang berkaitan rumah sukan hari ni nak fokus untuk unit beruniform je tapi tak ade lah Eida tak pi tengok langsung buat hiasan rumah sukan. tiaptiap tahun sekolah kami kalau hari koperasi ni mesti berniaga apa sahaja mengikut unit beruniform. Maaf buat cikgu Shahbandar yang bertungkus-lumus membuat persiapan hiasan rumah .

Eagerly awaited day has arrived that is, a sports dayyyyyy. Hahahaha, datang awal sekolah sebab yang tolong cikgu siapkan junior yang masuk perbarisan. tak yah tanye lah semangat sukan macam mane ? masa acara awal tu tak payah cakap lah memang pegi setiap location bagi semangat dengan air, ada yang menangis / give up, as a senior Eida kena bagi semangat sebab nak buat rumah Shahbandar tahun ni number 1 lagipun ketua ada acara so, assistant yang kena handle kan ? Eida datang sekolah terus masuk bengkel mpv untuk siapkan junior and other senior tolong dekat rumah sukan kalau ade yang tak betul . 

Rumah Temenggung

Rumah Shahbandar

Rumah Laksamana

Rumah Bendahara

Our team

Bendahara team

they *fatihah, mawarnie and afiq*

posing, hehehehe *Eida, SabrinaAlia, and Husna*

Husna, Fatihah, Mawarnie, Alia and Eida

Shahbandar teacher with moskod

form 4 & 5 team
Shahbandar girl

Lama sangat tunggu tetamu khas sampai kami warming up dengan acara 100 meter lelaki bawah 15, wuuuu. bila urusetia umum peserta kena daftar Eida terus ke urusetia untuk makesure atlet Shahbandar ade. dah settle semua terus tunggu dekat garisan penamat untuk give support. lagipun my little bro masuk acara ni with a new spike shoes.

Atlet 100 meter lelaki bawah 15

lariiiiiiii

tetamu khas iaitu Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis

Bendahara House headed by Muhamad Nor Fazli Jasni

Laksamana House headed by Nurul Syakirah Mohd Sakilah

Shahbandar House headed by Muhamad Afizudin Naim Aznun

Temenggung House headed by Tengku Hafizudin Tengku Haris

Reading affirmations annual sports headed by Muhd Afiq Suhairi

lepas baca ikrar kena dengar ucapan pengetua dan pegawai pelajaran daerah lipis, tak yah tanya lama ke tak sampai matahari naik kot. and berucap panjang lebar all team keluar baris, bersiap untuk acara seterusnya . maaf tak ade gamba untuk acara yang seterusnya sebab bukan Eida yang pegang nikon, Eida just duduk tengah panas and give support for Shahbandar house. terimakasih buat Afiq and Izzati tolong bagi makanan buat junior Shahbandar.
Leader Shahbandar and Laksamana House. *Afizudin dan Syakirah*

Lepas semua pelajar, guru, ibubapa dan tetamu khas selesai makan start balik acara yang seterusnye. maaf you alls gambar acara seterusnya tak ade. I work just to support our team, itu je yang Eida mampu. dan gambar dekat bawah ni acara guru dan ibubapa gabung sekali. acara guru ialah 4 x 50 meter. syarat dia 2 guru 2 ibubapa means kalau ayah kita masuk acara ni dia akan berlari bersama guru rumah sukan bergantiganti. contoh Eida rumah merah kalau abah masukacara ni, abah kena masuk rumah merah tak boleh masuk rumah lain. kalau korang nak tahu memang ayah Eida masuk acara ni, nak tahu tak macam mane cikgu tarik abah masuk acara ni ?

mula Eida nampak my little bro pegi dekat abah lepas acara dia habis *tak sure acara apa* lepas borakborak dengan geng tibatiba nampak cikgu Azfalela pegi dekat abah, mulamula pikir mesti panggil abah masuk acara. lepas tu abah turun padang kena daftar nama masa tu Eida berlari dekat abah, hehehe hindustan pulak. lepas tu abah cakap dekat Eida, abah kena masuk acara. lepas tu Eida cakap, abah buat elok2, kalau abah menang mata tu masuk dekat rumah merah. lepas tu Eida mintak barang yang berharga mane tahu mase belari jatuh masalah pulak baik bagi terus kan ? pelari pertama ayah junior, pelari kedua ustazah Rahayu, pelari ketiga cikgu Shariman dan abah pelari last.

bila cikgu tembak pistol tu mula dah suara sokongan and ayah junior starting dia speed terus, lepas tu ustazah pulak lariii tak pandang dah belakang sebab rumah Shahbandar dah kedudukan first so, pecut aje lah kan ? then, ustazah passing pada cikgu Shariman. part cikgu Shariman ni cikgu slow kan speed sebab rumah lain semua hari pelari yang kedua, cikgu passing pada abah masa tu Eida jerit *Abahhh, go abahh we are championnn go abahhhhh* tak yah cakap lah setiap sudut ada senior give support for Shahbandar athlete. acara guru dan ibubapa ni bukan passing baton yang macam biase tu tapi passing belon, kalau belon tu pecah maknanye pasukan tu dikira lost.
Ustazah Rahayu, Cikgu Azfalela, Cikgu Hanim, Cikfu Hafizah .
abah with balloon in the event teachers and parents *Abahhh, go abahh we are championnn go abahhhhh*

setelah selesai acara guru dan ibubapa acara yang paling dinantikan semua rumah sukan iaitu acara tarik tali. setahu Eida sejak form 1 lagi rumah Shahbandar mencatat rekod tanpa kalah tapi tak sure sejak tahun bila bangkitnya aura tarik tali. *ponnnnn* *tarikkkk tarikkkk*

lastly, semua kena berkumpul untuk penyampaian hadiah and separuh ada yang pegi kemas rumah sukan. sorry, cikgu saya tak tahu pun cikgu nak kemas masa ni so saya bagi support for winner athlete, hehehehe. pertandingan perbarisan dimenangi oleh rumah Temenggung, Shahbandar, Bendahara dan Laksamana. masa nak umum pertandingan perbarisan ni cuma Temenggung dengan Shahbandar, alls Temenggung say *Temenggung Temenggung Temenggung* lastly, they are winner, congratulations Temenggung house. hiasan rumah sukan Eida tak sure dapat no berapa, erghh spoil. announcement entire sports day, ni memang yang dinantikan oleh semua di setiap competition kan ? *juruacara* tempat keempat dimenangi oleh rumah Temenggung tapi tak ade hadiah. *boooo* tempat ketiga dimenangi oleh rumah Laksamana dijemput ketua rumah sukan.

tak yah cakap lah kencang tak jantung mengepam, sebab Eida yakin kami dah amik semua tempat pertama dan kedua dalam acara balapan then masa acara 200 meter perempuan bawah 15 cikgu ada cakap kalau kita menang ni no 1 or 2 kita dah juara. I'm sure Shahbandar can be winner. masa ni Eida suruh semua ahli Shahbandar bangun tibatiba cikgu Hafizah datang dekat Eida. diumumkan juara terlebih dahulu, juara sukan tahunan SMK Setia Wangsa yang ke 40 di menangi rumah we all says *Shahbandar Shahbandar Shahbandar* rumahhhhh Shahhbandar. masa tu lidah terkelu hanya mampu peluk cikgu Hafizah dan mengalirkan air mata, Alhamdulillah terima kasih ya-Allah.

no words can describe the moment

Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat yang telah diberikan selama ni dari anganangan menjadi realiti. mungkin ini kenangan manis semasa di bangku persekolah mungkin pada akan datang cabaran yang lebih mencabar dan memberi kenangan terindah dalam hidup. kejappp, mesti korang tak kenal mane satu ketua rumah dengan Fahme yang dalam perbualan dekat atas kan ? meh, bagi gamba sikit, hahaha. dan feedback from seniors about the revival Shahbandar house. mungkin gambar dari senior akan membicarakan segalagala nye. Congratulation, Shahbandar for juniors do the best to keep this revival, chaiyokk guys. creadits photo: Ahmad SyakirLieya Ana and Fazli Mua'ain .
The chairman of Shahbandar House
The assistant chairman of the Shahbandar House

Amir Fahme






0 comment[s] | back to top